Wednesday 20 August 2008

Cara-Cara Tidur

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi


2. TIDUR PARA ULAMA’ DAN AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan


4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka


Drp. Majalah Fitrah Perkasa

Petua Iman As-Syafei

TIPS UNTUK SIHAT

1. Empat Perkara menguatkan badan
- makan daging
- memakai haruman
- kerap mandi
- berpakaian dari kapas

2. Empat Perkara melemahkan badan

- banyak bekelamin [b’setubuh]
- selalu cemas
- banyak minum air ketika makan
- banyak makan bahan yg masam

3. Empat Perkara menajamkan mata

- Duduk menghadap kiblat
- Bercelak sebelum tidur
- Memandang yang hijau
- Berpakaian bersih

4. Empat Perkara merosakkan mata

- Memandang najis
- Melihat org. dibunuh
- Melihat kemaluan
- Membelakangi kiblat

5. perkara menajamkan fikiran
- tidak banyak berbual kosong
- rajin bersugi [gosok gigi]
- bercakap dgn. Org. soleh
- bergaul dgn. Para ulama

Monday 18 August 2008

10 laluan yang selamat

10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?


1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji

* Hindarkan perasaan irihati (benci)

* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak

* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat

* Gembirakan hati orang mukmin

* Bayar semula qada' yang tertinggal

* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala


3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah

* Suka memberi sedekah

* Berkata benar

* Bersihkan dan perbaiki hati


4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat

* Sucikan perkataan dan pakaian

* Bersyukur dengan yang sedikit

* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah


5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia

* Pendekkan cita-cita dunia

* Banyakkan puji-pujian kepada Allah

* Banyakkan sedekah dan akhirat


6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala

* Berbaktilah kepada kedua ibubapa

* Berpegang teguh dengan hukum syarak

* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk


7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran

* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu

* Tinggalkan perkara maksiat

* Jauhkan segala yang haram


8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh

* Kasihi orang yang soleh

* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah

* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah


9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah

* Kasihilah Rasulullah SAW

* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah

* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW


10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah

* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah

* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah

* Bencikan segala yang diharamkan-Nya

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentangamalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalahterbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntutolehIslam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikutdengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawahsebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuhdan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salamberisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau kekenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidan gsupaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dadamenerima hakikatsebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kitamenurut landasandan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.Allah yangmencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)

Thursday 14 August 2008

Kurma Israel


Sempena bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati........be careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia .Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.

Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.

Tuesday 12 August 2008

Tanda- tanda kiamat kecil berdasarkan hadis

Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam .....amin amin amin
Sebelum tido cuba fikir2kan berapa banyak tanda2 dibawah telah menghampiri kita.... masyaAllah...

Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."- Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."- Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik)dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."- Riwayat Ahmad dan Hakim.

Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran"- Riwayat Ahmad

Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamatialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."- Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."- Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"- Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar."- Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2"- Sahih Muslim

Rahsia Solat

1) Niat Sembahyang -:Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul -:Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) Takbiratul Ihram -:Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4) Fatihah -:Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5) Rukuk -:Sebagai tikar kita di dalam kubur

6) Iktidal -:Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

7) Sujud -:Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim

8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) -:Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-:Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar

10) Tahiyat Akhir -:Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar&nangkir didalam kubur.

11) Selawat Nabi -:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12) Salam -:Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib -:Akan pertemuan kita dengan Allah.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasulullah s. a. w. bersabda,Sampaikanlah pesanku , biarpun hanya satu ayat...

Friday 8 August 2008

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak berperasaan...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggupmati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalambeberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi sepertianda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupundia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin andayang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatuyang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya andapercaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bilaseseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunyayang dia adalah yang terbaik.

Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya,sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlahpesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepadaorang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakanyang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini,bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan andasudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidupmereka kepada yang lebih baik.

Tuesday 5 August 2008

Islam, Iman, Ehsan & Tanda-Tanda Qiamat

Daripada Saiyidina 'Umar r.a, beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda bermusafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutu Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha. Beliau seraya berkata:" Wahai Muhammad!, Terangkan kepadaku tentang Islam". Lalu Rasulullah SAW bersabda:"Islam itu bahawa engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa. Lelaki tersebut berkata: "Benarlah engkau". Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: "Terangkan kepadaku tentang Iman". Baginda bersabda: "(Iman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk". Lelaki itu berkata: "Benarlah engkau". Dia berkata lagi: "Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan". Baginda bersabda: "Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu". Lelaki itu bertanya lagi: "Terangkan kepadaku tentang Qiamat". Baginda bersabda: "Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebihj mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: "Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: " (antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya)." Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku diam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: " Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?" Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui". Baginda bersabda: "Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu".

Hadis Riwayat al-Imam Muslim

Tidur Mengikut Sunnah Dan Penemuan Sains

Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti.
Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun.(Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing') Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)
Tidur Dan Kerihatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa.Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas." (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk." (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: 'Catching Those ZZZZ's') Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: "Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah." (Tarmuzi) "Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan." (Bukhari-Muslim) Berkata 'Abbad ibn Tamim: "Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda." (Bukhari-Muslim)Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan.
Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.(Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care') Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.
Sumber dari isuhangatblogspot.com

Sunday 3 August 2008

Kepentingan Niat Dalam Beribadat




Melengah-lengahkan Sembahyang 5 Waktu

Telah bersabda Junjungan Besar Nabi kita Muhammad s.a.w. ; Sesiapa yang mempermainkan sembahyang 5 waktu akan disiksa dengan dua belas azab. Tiga azab ketika di dunia, tiga ketika mati, tiga ketika dalam kubur dan tiga azab pada hari Qiamat.

Adapun tiga azab ketika di dunia ;
1. Diangkat oleh Allah akan segala berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Dihapuskan darinya cahaya orang yang soleh.
3. Dibenci oleh semua hati orang mukmin.

Manakala tiga azab ketika hampir mati ;
1. Diambil nyawanya dengan keadaan dahaga walaupun diberi minum air sungai.
2. Dicabut nyawa dengan bersangatan siksa.
3. Takut padanya semua orang beriman.

Tiga azab ketika berada dalam kubur ;
1. Malaikat Munkar dan Nakir akan menyoalnya dengan soalan yang sukar dijawab.
2. Bersangatan gelap dalam kubur.
3. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuk.

Dan tiga azab ketika berada di Padang Mahsyar ;
1. Susah ke atasnya ketika menghitung dosa pahala.
2. Sangat murka Allah padanya.
3. Balasan Allah padanya ialah api neraka jahanam.

“Akan datang suatu masa ke atas umatku yang mana mereka akan lari dari ulama’ dan fuqaha’.”

Maksud Hadith s.a.w.

“Duduk bersama-sama ulama’ satu jam itu lebih baik bagi Allah daripada beribadat setahun.”

Maksud Hadith s.a.w.

Ketahuilah kamu sekalian bahawa penghuni neraka jahanam akan melaung-laung pada penghuni syurga meminta makanan dan minuman. Kerana makanan dan minuman neraka adalaha buah-buah yang berduri manakala airnya pula ialah darah, nanah dan bermacam-macam lagi air yang busuk. Ini sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam kitab suciNya al-Quran yang bermaksud ;

“Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: “Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang Telah direzkikan Allah kepadamu.” Mereka (penghuni syurga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir,”

“(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka.” Maka pada hari (Qiamat) ini, kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami.”

Surah Al A’raaf : Ayat 50 - 51


Sumber : http://muhammadhanif.wordpress.com

Privasi Lebih

Saturday 2 August 2008

Medium Cendawan Tiram Kelabu Untuk Dijual



Syarikat kami memberi peluang kepada para siswazah atau para penganggur untuk menjadi usawahan tani. Kami sedia membekalkan medium atau bongkah Cendawan Tiran Kelabu.

RM 1.50 setiap satu (penghantaran percuma sekitar Kelantan, 500 medium keatas)
Harga boleh runding lagi bagi tempahan melebihi 1000 medium.
Nasihat dan bimbingan diberikan percuma.
Maklumat dalam bentuk buku juga percuma...

Email kepada kami : baqabaiqenterprise@gmail.com
atau hubungi saya: Tahir di 0192758285

Al-Quran


al-Quran atau Quran (b. Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9)
Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.

Nama-nama al-Quran

  1. Al-Kitaab (اﻟﻛتاب)bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:
    Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 1:1-2)

  2. Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:
    Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)

  3. adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:
    Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)

  4. at-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:
    Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah asy-Syuara 26:192)

Sifat al-Quran

an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)

al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:
Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maaidah 5:15)

al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

Pautan luar

Terjemahan Qur'an dalam pelbagai bahasa
Quran.Al-Islam.com

Hadis

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Hadith atau hadis (bahasa Arab: الحديث hadīth mufrad, ahādīth "أحاديث" jamak); adalah tradisi-tradisi berkaitan kata-kata dan perbuatan bagi nabi Muhammad s.a.w.. Koleksi-koleksi hadis dianggap sebagai alat penting untuk menentukan Sunnah, atau cara hidup Islam, oleh semua sekolah-sekolah tradisional perundangan. Hadis dijadikan sumber hukum dalam Islam selain al-Quran, Ijma dan Qiyas.
Ada ramai ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i dan Imam Ibnu Majah. Kitab mereka ini dikenali sebagai Sahih al Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan al Tirmizi, Musnad Imam Ahmad, Sunan al Nasa'ie dan Sunan Ibnu Majah.

Kedudukan Hadith Di Dalam Islam

Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti ;
  1. Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)
  2. Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : ayat 36)
  3. Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)

Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.
Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama – dalam sesetengah buku cuma disebut 4 – iaitu ;

  • Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
  • Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
  • Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
  • Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
  • Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.
    Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatîr dan Masyhûr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu.
  • Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
  • Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.
  • Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah saw itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.

Rujukan

  • Ismail Omar (1993), Manhaj Aqidah Ahli as-Sunnah wal Jamaah, Selangor : Access Infotech (M) SDN. BHD.
  • Mustafa ‘Abdul Rahman (1996), Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahnya, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar.
  • Shalih bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan (2002), Kitab Tauhid jilid (1), Jakarta : Darul Haq.
  • Abdul Majid al Zindani (1996), al – Iman, Kuala Lumpur : al Hidayah Publishers.
  • Rosmawati binti Ali @ Mat Zin (1995). Hadis Āhād dalam akidah Islam : Tumpuan utama kepada hadis-hadis tentang Imam Mahdi. Tesis sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • Abdullah al Qari Haji Salleh (t.t), Memahami Nilai Hadith dan Sunnah Nabi saw, Kelantan : Pustaka Asa Kenali.
  • Engku Ibrahim & Abdul Ghani Shamsuddin (1987), Kedudukan Hadith Dalam Islam, Kuala Lumpur : Persatuan Ulama Malaysia.
  • Ibrahim Muhammad bin Abdullah al Buraikan (1998), Pengantar Studi Aqidah Islam, Jakarta : Rabbani Press.
  • http://www.hadiths.eu

Ringgit Malaysia


Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM2 serta syiling RM1, 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen. Nama "Ringgit" berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.
Pada 1837, mata wang Rupee India digunakan sebagai mata wang rasmi di penempatan selat (iaitu Negeri negeri Selat) tetapi pada 1867, dollar perak digunakan semula. Pada 1903, dollar Selat dipaut pada 2 shilling dan empat pence (mata wang Britain ketika itu) selepas diperkenalkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commissioners of Currency). Bank-bank swasta dilarang mengeluarkan wang kertas. Namun penggunaan berterusan mata wang ini terhenti akibat penaklukan Jepun pada 1942 hingga 1945 dan apabila mata wang ini dinilai semula berdasarkan Pound Sterling pada 1967. Ini mengakibatkan nilai wang Selat susut sebanyak 15% daripada nilai asal.
Mulai bulan Ogos 1975, nama "Ringgit" diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.
Sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997, mata wang ringgit dipaut pada dollar Amerika Syarikat pada kadar tetap iaitu RM 3.80 untuk satu dollar AS.
Pada 12 Julai 2005, Bank Negara menamatkan pemautan mata wang ringgit kepada dollar Amerika Syarikat selepas China mengumumkan penamatan pautan renminbi kepada dollar. Menurut Bank Negara, Malaysia akan membenarkan ringgit untuk dioperasi dengan apungan terkawal dengan beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai mata wang ringgit naik menghampiri aras nilai pasaran yang dapat diterima . Walaupun begitu, Bank Negara ada bercampur tangan dalam pasaran kewangan untuk mengekalkan kestabilan di dalam dagangan ringgit.

Friday 1 August 2008

Kenyataan Media Datuk Seri Wan Azizah

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

31 JULAI 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan -raya kecil secepat mungkin.

Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.

Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.

Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak mencapai kemerdekaan. Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran. Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala -nyala dan membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kenegaraan. Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengurusi Yayasan Aman.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008. Masa depan negara kita bergantung kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui
selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk anda pada masa depan seikhlas mungkin.


DATO’ SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

Wallahualam..

PAS tolak tawaran UMNO

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

 PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.

Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.

31 Julai, 2008


DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Presiden

Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Tikar Mengkuang

“Tikar” is a Malay word. In English, it can mean a carpet, mat, placemats or anything that can cover the floor, even your wet blankie can be considered as “tikar”.

Anyaman Tikar

The art of screwpine weaving has flourished for generations at various levels of sophistication and in varying degrees of intricacy throughout the Malay peninsula. One of its most obvious manifestations among the Malays is in the form of mat weaving. Terengganu Malay women have been known for both the fineness of their plaiting and the variety of their patterns. In traditional Malay society, a woman was not con­sidered well prepared for life unless she developed a skill in the art of mat weaving. Hence this skill formed an integral part of character and personality development.

A vast variety of mats are created to serve different functions, decorative and functional. They are woven in traditional fashion from pandaunus (daun pandan) as well as from the screwpine (mengkuang) leaves.Those woven from daun pandan are regarded as of superior quality, for daun pandan are softer and more easily shaped compared to those woven from mengkuang, which however, are more lasting.

The process of mat weaving passes through several stages. First the pandan or mengkuang leaves are cut at the base and at both ends. The thorns and the spine of the leaves are removed and the leaves measured so that there is an even length of all in a set. This is to facilitate weaving. The strips are then passed over a slight fire to soften them. Some weavers beat the mengkuang leaves with cudgels or clubs (belantan) to make them softer and easier to handle. Once softened, they are soaked in cold water for about 48 hours with the water being changed on the second morning. This is done to remove any natural elements likely to attract insects to the mats.

Kelarai or ragi are named and shaped after flowers, bamboo as well as other rural elements or pursuits.Kelarai Pucuk Rebung, Kelarai Siku Keluang, Kelarai Bunga Cina, Kelarai Bunga Cengih and Kelarai Jari Kedidi are some of the traditional designs still in use today.

Pandan weaving, however does not end merely at mats. Other products iinclude fans, baskets, pouches or purses,sunhats, as well as dish covers, which enjoy a special place in most Malay kitchens.

Hantu

Gambar yang didakwa sebagai hantu rahib di gereja di England.

Hantu (Tulisan Jawi: هنتو) pada asasnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-

  1. Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ianya sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.
  2. Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia.

Kandungan rencana ini tidak disahkan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri!

Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat

Hantu seringkali digambarkan sebagai bersaiz dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai "berkilauan", "berbayang", "lutsinar", "seperti kabus", atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadang kala ia tidak nampak dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, yang tidak mempunyai penjelasan logik.

Di Barat mereka yang mempercayai hantu kadang-kala menganggap mereka sebagai roh yang tidak aman selepas mati, dan dengan itu berkeliaran di Bumi. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam selepas mati. Penjenayah, kadang-kala berlegar untuk mengelak Purgatori atau Neraka. Kadang-kala hantu dikatakan berada di awang-awangan, tempat, menurut nonorthodox doktarin Khatolik, antara Syurga dan Neraka di mana roh bayi yang tidak dibaptise tinggal. Penting bagi mengetahui bahawa walaupun Protestan dan Kristian Evangelikal aliran utama percaya kewujudan hantu secara prinsip (principalities), mereka tidak mempercayai hantu (sebagai semangat orang mati) dan meletakkan hantu ganas, seperti poltergeist, kepada tindakan jembalang, sama seperti Islam. Dalam Khatolok dan Kristian Anglikan (dan Christian Spiritualism), percayakan hantu adalah diterima dan boleh dibincang dengan paderi (clergy).

Dalam kebudayaan Asia (seperti di China), ramai orang mempercayai kepada kelahiran semula (reincarnation). Hantu merupakan roh yang enggan "dikitar semula" kerana mereka mempunyai perkara yang belum selesai, sama seperti di Barat. Exorcist boleh membantu menghalau atau mengitar semula hantu (reincarnated). Dalam tradisi Cina, selain dilahirkan semula, hantu boleh menjadi kekal (immortal) dan menjadi separa dewa (demigod), atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selamanya, atau ia boleh mati sekali lagi dan menjadi "hantu kepada hantu". Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah hantu, terutamanya mereka yang mati lemas, membunuh manusia bagi menghalang mereka hak dilahirkan semula. Mangsa "pembunuh" paranormal dikenali sebagai ti4si2gui3 (替死鬼), iaitu bagi Cina sama seperti kambing hitam.

Dalam ugama Hindu, maklumat terperinci mengenai hantu terdapat dalam Garuda Purana, skripture dari Vedic tradisi (Hindu).

Kedua-dua Timur dan Barah berkongsi asas yang sama mengenai hantu. Mereka merayau-rayau sekitar tempat mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal. Tempat sedemikian dikenali sebagai "rumah berhantu"; kitaran yang mereka lakukan dikenali sebagai "menghantui". Mereka seringkali mengenakan pakaian yang mana mereka sering pakai semasa hidup.

Samsara Buddhist memasukkan konsep alam hantu lapar. Sentient being dalam alam tersebut dirujuk sebagai Hantu Lapar kerana ikatan mereka kepada dunia ini. Asura juga dirujuk sebagai "hantu bergaduh".

Thursday 31 July 2008

CARA- CARA SEMBAHYANG SUNAT TAUBAT

Sebelum mengangkat takbir hendaklah terlebih dahulu didahului dengan membaca:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم. بسم الله الرحمن الرحيم.

Kemudian bacalah:

1. استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحي القيوم واتوب اليه (3 كالي )

2. لا الله الا الله وحده لا شريك له. له الملك وله الحمد يحيى ويميت وهو على كل شيء قدير.

(3 كالي )

3. اللهم صلى على سيدنامحمد وعلى آل سيدنا محمد.(3 كالي)

4. سورة الفاتحة.(1 كالي)

5. سورة الناس.(1 كالي)


Kemudian angkat takbir.

1. Lafaz niat sembahyang sunat taubat:

اُصَلِّى سُنَّة التَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَلَى.

Ertinya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Membaca doa Iftitah.

3. Membaca surah Al-Fatihah.

4. Membaca ayat 135-136 dalam surah Alimran. Atau mana-mana sahaja ayat yang

suka dipilih.

5. Bangun (berdiri) dari rakaat yang pertama untuk rakaat yang kedua.

6. Membaca Al-Fatihah.

7. Membaca ayat :

ومن يعمل سوءا او يظلم نفسه ثم يستغفر الله يجد الله غفورا رحيما. (سورة النساء : اية 11)


8. Selepas salam bacalah :

1. استغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحىالقيوم واتوب اليه. (3 كالي)

2. سبحان الله العظيم. (100 كالي)

3. لا اله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو على كل شيء قدير.

(10 كالي)

9. Baca surah Al-Fatihah.

10. Membaca penghulu istigfar:


اللهم انت ربى لا اله الا انت خلقتني وانا عبدك وانا على عهدك ووعدك ما استطعت اعوذبك من شرما صنعت ابوء لك بنعمتك على وابوء بذنبى فاغفرلى فانه لا يغفرالذنب الا انت.

Ertinya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada tuhan selain dari Engkau, Engkau telah ciptakan aku dan aku adalah hambamu, dan aku berjanji akan menepati akan janji-Mu dan perintah-Mu dengan segenap kemampuanku. Aku mengaku pada-Mu tentang nikmat-Mu kepada aku, dan aku mengaku kepada-Mu tentang dosa-dosaku, maka sesungguhnya tidak dapat mengampuni dosa melainkan Engkau jua.

11. Doa taubat:

استغفر الله (3 كالي) تبنا إلى الله (3 كالي) ورجعنا الى الله وندمنا على ما فعلنا، وعزمنا ان لا نعود لذنب ابدا ونحن بريؤن من كل دين يخالف دين الاسلام، ونشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له ونشهد ان سيدنا محمدا رسول الله صلى الله عليه وسلم. ورضينا بالله ربا وبالاسلام دينا وبسيدنا محمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولا، اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم تسليما وكن بنا وبالمؤمنين رؤفا رحيما.


12. Taubat yang telah diilhamkan oleh Allah Taala kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa:

ربنا ظلمنا انفسنا وان لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين. (سورة الآعرف : اية 23)

Ertinya : Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.

13. Doa Nabi Yunus A.S.

لا اله الا انت سبحانك إنى كنت من الظالمين. (سورة الآنبياء: اية 87)

Ertinya: Tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan engkau ya Allah! Maha Suci engkau daripada melakukan aniaya! Tolonglah daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiayai diri sendiri.

14. Doa yang diajar oleh Rasullullah S.A.W. kepada Abu Bakar As-Siddiq:

اللهم انى ظلمت نفسى ظلما كثيرا لا يغفر الذنوب إلا انت فاغفرلى مغفرة من عندك وارحمنى انك انت الغفور الرحيم.

Ertinya: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah banyak melakukan kezaliman terhadap diriku sendiri dan tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau jua. Oleh yang demikian ampunkanlah aku sebagai keampunan dari sisi Engkau dan berilah rahmat kepadaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Mengasihani.

15. Doa taubat:


الهى لست للفردوس اهلا، ولا اقوى على نار الجهيم، فهب لى توبة واغفر ذتوبى، فإنك غافر الذنب العظيم.

Ertinya: Tuhanku! Tiada layak bagiku untuk mendiami syurga, tiada kekuatanku untuk menahan siksaan api neraka-Mu, dari itu berikanlah keampunan dan kemaafan akan segala dosa-dosaku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar.

والله اعلم

Kaabah Pusat Bumi

"Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam.

Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.

Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. eorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kaherah, Mesir."


Wednesday 30 July 2008

Kenali Serban

Serban ialah sehelai kain panjang penutup kepala berbentuk bulat menutup separuh atas kepala . Di Turki dipanggil tülbent .

Serban ialah istilah yang digunakan di Malaysia yang bermaksud penutup kepala dan dianggap suci, tidak boleh dipijak sewenang-wenangnya. Di Malaysia , kebiasaannya ia hanya dipakai oleh mereka yang baru balik mengerjakan haji . Namun dekad terakhir ini ramai kelompok dari Jemaah Tabligh dan Al Arqam turut memakai serban.

Perspektif Islam

Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, tapi tak boleh ketika dalam ihram. Salah satu cara menutup kepala adalah dengan memakai serban bagi kaum lelaki, yang juga merupakan pakaian Sunnah yg khusus. Pemakaian serban itu adalah dengan cara melilitkan serban pada "kopiah". Tidak dinafikan masyarakat Arab memakai serban termasuk musyrikin Quraisy dan kabilah2 Arab yg lain. Tapi Nabi saw membezakan cara lilitannya sebagaimana ahli Hadis meriwayatkan baginda mengajar Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum mengutus menantunya itu ke Khaibar dlm ekspedisi dakwah. (al Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, ms 336 dari Imam atTabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti)

Pada zaman rasullulah, ahklak-nya, cara makan-minum, pergaulan-nya, pakaian-nya menjadi ikutan para sahabat-sahabat, sahabat kepada sahabat atau lebih jelas dari tabi'in-tabi'in, hingga ke hari ini.

Riwayat mengenai serban yakni warna, panjang/saiz terdapat dalam Syama'il Tarmidhi atau kitab2 lain seperti yang telah dikeluarkan di Malaysia, yang salah satu daripadanya ditulis oleh Mufti E.Bemat.

Berdasarkan kisah-kisah Nabi Muhammad, memang ada mengisahkan Nabi memakai serban. Antaranya ketika Nabi Muhammad pulang ke rumah dan mengetuk pintu memberi salam sebanyak 3 kali, tetapi isteri baginda iaitu Aisyah tidak menjawab salam, lalu baginda tidur diluar rumah dengan berbantalkan serbannya. Keesokan hari Aisyah terkejut dengan Rasulullah yang tidur di luar rumah.

Kisah lain, ada seekor kucing tidur di atas serban Rasulullah tetapi Nabi tak rentap serban itu kerana tidak mahu mengganggu kucing yang sedang tidur itu. Malah baginda memotong serbannya itu.

Mereka yang melarang atau menghalang seseorang itu daripada mengamalkan sesuatu sunnah Rasullullah SAW, seperti memakai serban itu dengan rela hatinya, tanpa apa-apa tekanan, ancaman atau paksaan, bolehlah dianggap sebagai membencinya. Dan dalam satu hadis, Rasullullah menyingkirkan mereka yang membenci sunnahnya daripada golongan yang mengikuti Rasullullah dengan perkataan ".. maka bukanlah ia dari golonganKu."

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa mereka yang secara berterang-terangan memusuhi sunnah Rasullullah dianggap kafir.

Bentuk serban yang dipakai oleh orang Islam tidak seragam. Serban yang dipakai oleh orang Afghanistan lebih besar dan tebal berbanding dengan orang Islam di Malaysia. Antara lain ini mungkin disebabkan faktor cuaca.

Penggunaan serban di Malaysia

Di Malaysia, murid Islam di sekolah kerajaan adalah dilarang memakai serban. Pada November 23, 2004 Hakim mahkamah rayuan, Gopal Sri Ram, mengesahkan keputusan guru besar Fatimah Sihi, yang menyingkirkan tiga murid Sekolah Kebangsaan Felda Serting di Negeri Sembilan pada 10 November 1997 kerana memakai serban. Mereka berusia antara 10 - 13 tahun. Mahkamah memutuskan bahawa ia merupakan masaalah displin murid enggan mengikuti peraturan sekolah.