Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam .....amin amin amin
Sebelum tido cuba fikir2kan berapa banyak tanda2 dibawah telah menghampiri kita.... masyaAllah...
Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."- Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."- Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik)dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."- Riwayat Ahmad dan Hakim.
Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran"- Riwayat Ahmad
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamatialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."- Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."- Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"- Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar."- Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2"- Sahih Muslim
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Tuesday, 12 August 2008
Tuesday, 5 August 2008
Islam, Iman, Ehsan & Tanda-Tanda Qiamat
Daripada Saiyidina 'Umar r.a, beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda bermusafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutu Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha. Beliau seraya berkata:" Wahai Muhammad!, Terangkan kepadaku tentang Islam". Lalu Rasulullah SAW bersabda:"Islam itu bahawa engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa. Lelaki tersebut berkata: "Benarlah engkau". Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: "Terangkan kepadaku tentang Iman". Baginda bersabda: "(Iman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk". Lelaki itu berkata: "Benarlah engkau". Dia berkata lagi: "Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan". Baginda bersabda: "Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu". Lelaki itu bertanya lagi: "Terangkan kepadaku tentang Qiamat". Baginda bersabda: "Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebihj mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: "Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: " (antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya)." Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku diam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: " Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?" Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui". Baginda bersabda: "Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu".
Hadis Riwayat al-Imam Muslim
Sunday, 3 August 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)