Wednesday, 20 August 2008
Cara-Cara Tidur
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi
2. TIDUR PARA ULAMA’ DAN AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka
Drp. Majalah Fitrah Perkasa
Petua Iman As-Syafei
1. Empat Perkara menguatkan badan
- makan daging
- memakai haruman
- kerap mandi
- berpakaian dari kapas
2. Empat Perkara melemahkan badan
- banyak bekelamin [b’setubuh]
- selalu cemas
- banyak minum air ketika makan
- banyak makan bahan yg masam
3. Empat Perkara menajamkan mata
- Duduk menghadap kiblat
- Bercelak sebelum tidur
- Memandang yang hijau
- Berpakaian bersih
4. Empat Perkara merosakkan mata
- Memandang najis
- Melihat org. dibunuh
- Melihat kemaluan
- Membelakangi kiblat
5. perkara menajamkan fikiran
- tidak banyak berbual kosong
- rajin bersugi [gosok gigi]
- bercakap dgn. Org. soleh
- bergaul dgn. Para ulama
Thursday, 14 August 2008
Kurma Israel


Sempena bulan puasa bakal menjelma.........berhati-hati........be careful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia .Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Saturday, 2 August 2008
Ringgit Malaysia

Pada 1837, mata wang Rupee India digunakan sebagai mata wang rasmi di penempatan selat (iaitu Negeri negeri Selat) tetapi pada 1867, dollar perak digunakan semula. Pada 1903, dollar Selat dipaut pada 2 shilling dan empat pence (mata wang Britain ketika itu) selepas diperkenalkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commissioners of Currency). Bank-bank swasta dilarang mengeluarkan wang kertas. Namun penggunaan berterusan mata wang ini terhenti akibat penaklukan Jepun pada 1942 hingga 1945 dan apabila mata wang ini dinilai semula berdasarkan Pound Sterling pada 1967. Ini mengakibatkan nilai wang Selat susut sebanyak 15% daripada nilai asal.
Mulai bulan Ogos 1975, nama "Ringgit" diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.
Sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997, mata wang ringgit dipaut pada dollar Amerika Syarikat pada kadar tetap iaitu RM 3.80 untuk satu dollar AS.
Pada 12 Julai 2005, Bank Negara menamatkan pemautan mata wang ringgit kepada dollar Amerika Syarikat selepas China mengumumkan penamatan pautan renminbi kepada dollar. Menurut Bank Negara, Malaysia akan membenarkan ringgit untuk dioperasi dengan apungan terkawal dengan beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai mata wang ringgit naik menghampiri aras nilai pasaran yang dapat diterima . Walaupun begitu, Bank Negara ada bercampur tangan dalam pasaran kewangan untuk mengekalkan kestabilan di dalam dagangan ringgit.
Friday, 1 August 2008
Tikar Mengkuang
“Tikar” is a Malay word. In English, it can mean a carpet, mat, placemats or anything that can cover the floor, even your wet blankie can be considered as “tikar”. Anyaman Tikar
The art of screwpine weaving has flourished for generations at various levels of sophistication and in varying degrees of intricacy throughout the Malay peninsula. One of its most obvious manifestations among the Malays is in the form of mat weaving. Terengganu Malay women have been known for both the fineness of their plaiting and the variety of their patterns. In traditional Malay society, a woman was not considered well prepared for life unless she developed a skill in the art of mat weaving. Hence this skill formed an integral part of character and personality development.
A vast variety of mats are created to serve different functions, decorative and functional. They are woven in traditional fashion from pandaunus (daun pandan) as well as from the screwpine (mengkuang) leaves.Those woven from daun pandan are regarded as of superior quality, for daun pandan are softer and more easily shaped compared to those woven from mengkuang, which however, are more lasting.
The process of mat weaving passes through several stages. First the pandan or mengkuang leaves are cut at the base and at both ends. The thorns and the spine of the leaves are removed and the leaves measured so that there is an even length of all in a set. This is to facilitate weaving. The strips are then passed over a slight fire to soften them. Some weavers beat the mengkuang leaves with cudgels or clubs (belantan) to make them softer and easier to handle. Once softened, they are soaked in cold water for about 48 hours with the water being changed on the second morning. This is done to remove any natural elements likely to attract insects to the mats.
Kelarai or ragi are named and shaped after flowers, bamboo as well as other rural elements or pursuits.Kelarai Pucuk Rebung, Kelarai Siku Keluang, Kelarai Bunga Cina, Kelarai Bunga Cengih and Kelarai Jari Kedidi are some of the traditional designs still in use today.
Pandan weaving, however does not end merely at mats. Other products iinclude fans, baskets, pouches or purses,sunhats, as well as dish covers, which enjoy a special place in most Malay kitchens.
Thursday, 31 July 2008
Kaabah Pusat Bumi
"Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam.Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.
Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. eorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kaherah, Mesir."
Wednesday, 30 July 2008
Kenali Serban
Serban ialah sehelai kain panjang penutup kepala berbentuk bulat menutup separuh atas kepala . Di Turki dipanggil tülbent .
Serban ialah istilah yang digunakan di Malaysia yang bermaksud penutup kepala dan dianggap suci, tidak boleh dipijak sewenang-wenangnya. Di Malaysia , kebiasaannya ia hanya dipakai oleh mereka yang baru balik mengerjakan haji . Namun dekad terakhir ini ramai kelompok dari Jemaah Tabligh dan Al Arqam turut memakai serban.
Perspektif Islam
Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, tapi tak boleh ketika dalam ihram. Salah satu cara menutup kepala adalah dengan memakai serban bagi kaum lelaki, yang juga merupakan pakaian Sunnah yg khusus. Pemakaian serban itu adalah dengan cara melilitkan serban pada "kopiah". Tidak dinafikan masyarakat Arab memakai serban termasuk musyrikin Quraisy dan kabilah2 Arab yg lain. Tapi Nabi saw membezakan cara lilitannya sebagaimana ahli Hadis meriwayatkan baginda mengajar Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum mengutus menantunya itu ke Khaibar dlm ekspedisi dakwah. (al Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, ms 336 dari Imam atTabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti)
Pada zaman rasullulah, ahklak-nya, cara makan-minum, pergaulan-nya, pakaian-nya menjadi ikutan para sahabat-sahabat, sahabat kepada sahabat atau lebih jelas dari tabi'in-tabi'in, hingga ke hari ini.
Riwayat mengenai serban yakni warna, panjang/saiz terdapat dalam Syama'il Tarmidhi atau kitab2 lain seperti yang telah dikeluarkan di Malaysia, yang salah satu daripadanya ditulis oleh Mufti E.Bemat.
Berdasarkan kisah-kisah Nabi Muhammad, memang ada mengisahkan Nabi memakai serban. Antaranya ketika Nabi Muhammad pulang ke rumah dan mengetuk pintu memberi salam sebanyak 3 kali, tetapi isteri baginda iaitu Aisyah tidak menjawab salam, lalu baginda tidur diluar rumah dengan berbantalkan serbannya. Keesokan hari Aisyah terkejut dengan Rasulullah yang tidur di luar rumah.
Kisah lain, ada seekor kucing tidur di atas serban Rasulullah tetapi Nabi tak rentap serban itu kerana tidak mahu mengganggu kucing yang sedang tidur itu. Malah baginda memotong serbannya itu.
Mereka yang melarang atau menghalang seseorang itu daripada mengamalkan sesuatu sunnah Rasullullah SAW, seperti memakai serban itu dengan rela hatinya, tanpa apa-apa tekanan, ancaman atau paksaan, bolehlah dianggap sebagai membencinya. Dan dalam satu hadis, Rasullullah menyingkirkan mereka yang membenci sunnahnya daripada golongan yang mengikuti Rasullullah dengan perkataan ".. maka bukanlah ia dari golonganKu."
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa mereka yang secara berterang-terangan memusuhi sunnah Rasullullah dianggap kafir.
Bentuk serban yang dipakai oleh orang Islam tidak seragam. Serban yang dipakai oleh orang Afghanistan lebih besar dan tebal berbanding dengan orang Islam di Malaysia. Antara lain ini mungkin disebabkan faktor cuaca.
Penggunaan serban di Malaysia
Di Malaysia, murid Islam di sekolah kerajaan adalah dilarang memakai serban. Pada November 23, 2004 Hakim mahkamah rayuan, Gopal Sri Ram, mengesahkan keputusan guru besar Fatimah Sihi, yang menyingkirkan tiga murid Sekolah Kebangsaan Felda Serting di Negeri Sembilan pada 10 November 1997 kerana memakai serban. Mereka berusia antara 10 - 13 tahun. Mahkamah memutuskan bahawa ia merupakan masaalah displin murid enggan mengikuti peraturan sekolah.










