Showing posts with label Kupasan Agama. Show all posts
Showing posts with label Kupasan Agama. Show all posts

Monday, 18 August 2008

10 laluan yang selamat

10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?


1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji

* Hindarkan perasaan irihati (benci)

* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak

* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/ kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat

* Gembirakan hati orang mukmin

* Bayar semula qada' yang tertinggal

* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala


3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah

* Suka memberi sedekah

* Berkata benar

* Bersihkan dan perbaiki hati


4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat

* Sucikan perkataan dan pakaian

* Bersyukur dengan yang sedikit

* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah


5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia

* Pendekkan cita-cita dunia

* Banyakkan puji-pujian kepada Allah

* Banyakkan sedekah dan akhirat


6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala

* Berbaktilah kepada kedua ibubapa

* Berpegang teguh dengan hukum syarak

* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk


7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran

* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu

* Tinggalkan perkara maksiat

* Jauhkan segala yang haram


8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh

* Kasihi orang yang soleh

* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah

* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah


9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah

* Kasihilah Rasulullah SAW

* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah

* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW


10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah

* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah

* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah

* Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Tuesday, 5 August 2008

Tidur Mengikut Sunnah Dan Penemuan Sains

Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti.
Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998) Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun.(Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing') Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)
Tidur Dan Kerihatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa.Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas." (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk." (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: 'Catching Those ZZZZ's') Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: "Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah." (Tarmuzi) "Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan." (Bukhari-Muslim) Berkata 'Abbad ibn Tamim: "Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda." (Bukhari-Muslim)Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan.
Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.(Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care') Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.
Sumber dari isuhangatblogspot.com

Saturday, 2 August 2008

Al-Quran


al-Quran atau Quran (b. Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9)
Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.

Nama-nama al-Quran

  1. Al-Kitaab (اﻟﻛتاب)bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:
    Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; (surah al-Baqarah 1:1-2)

  2. Al-Furqaan (ﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ) bermaksud pemisah hak dan batil sebagaimana firman Allah:
    Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (surah al-Furqaan 25:1)

  3. adz-Dzikr (اﻟذﻛﺮ) bermaksud peringatan berdasarkan firman Allah:
    Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)

  4. at-Tanzil (ﺍﻟﺘﻨﺰﻳﻞ) bermaksud penurunan. Nama ini diambil sempena firman Allah:
    Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah asy-Syuara 26:192)

Sifat al-Quran

an-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan. Al-Quran disifatkan sebagai nur (cahaya) kerana ia memberikan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)

al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu. Al-Quran disifatkan sebagai penerang kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:
Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maaidah 5:15)

al-Huda bermaksud petunjuk. Al-Quran disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

ar-Rahmah bermaksud kerahmatan. Allah menyifatkan al-Quran sebagai rahmat kerana ia membawa rahmat kepada orang Mukmin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

Pautan luar

Terjemahan Qur'an dalam pelbagai bahasa
Quran.Al-Islam.com

Hadis

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Hadith atau hadis (bahasa Arab: الحديث hadīth mufrad, ahādīth "أحاديث" jamak); adalah tradisi-tradisi berkaitan kata-kata dan perbuatan bagi nabi Muhammad s.a.w.. Koleksi-koleksi hadis dianggap sebagai alat penting untuk menentukan Sunnah, atau cara hidup Islam, oleh semua sekolah-sekolah tradisional perundangan. Hadis dijadikan sumber hukum dalam Islam selain al-Quran, Ijma dan Qiyas.
Ada ramai ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i dan Imam Ibnu Majah. Kitab mereka ini dikenali sebagai Sahih al Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan al Tirmizi, Musnad Imam Ahmad, Sunan al Nasa'ie dan Sunan Ibnu Majah.

Kedudukan Hadith Di Dalam Islam

Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti ;
  1. Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)
  2. Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : ayat 36)
  3. Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)

Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.
Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama – dalam sesetengah buku cuma disebut 4 – iaitu ;

  • Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
  • Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
  • Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
  • Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
  • Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.
    Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatîr dan Masyhûr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu.
  • Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
  • Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.
  • Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah saw itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.

Rujukan

  • Ismail Omar (1993), Manhaj Aqidah Ahli as-Sunnah wal Jamaah, Selangor : Access Infotech (M) SDN. BHD.
  • Mustafa ‘Abdul Rahman (1996), Hadith 40 : Terjemahan dan Syarahnya, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar.
  • Shalih bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan (2002), Kitab Tauhid jilid (1), Jakarta : Darul Haq.
  • Abdul Majid al Zindani (1996), al – Iman, Kuala Lumpur : al Hidayah Publishers.
  • Rosmawati binti Ali @ Mat Zin (1995). Hadis Āhād dalam akidah Islam : Tumpuan utama kepada hadis-hadis tentang Imam Mahdi. Tesis sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  • Abdullah al Qari Haji Salleh (t.t), Memahami Nilai Hadith dan Sunnah Nabi saw, Kelantan : Pustaka Asa Kenali.
  • Engku Ibrahim & Abdul Ghani Shamsuddin (1987), Kedudukan Hadith Dalam Islam, Kuala Lumpur : Persatuan Ulama Malaysia.
  • Ibrahim Muhammad bin Abdullah al Buraikan (1998), Pengantar Studi Aqidah Islam, Jakarta : Rabbani Press.
  • http://www.hadiths.eu

Wednesday, 30 July 2008

Fadhilat Ayat Al-Kursi Mengikut Hadis


Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis

Allahuakbar.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya".

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Pengamal ayat Kursi ju! ga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

* Rasullullah s.a.w. bersabda berma! ksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda :
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT."

Tuesday, 29 July 2008

Permasalah Tudung Dan Pakaian Dalam Islam



Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."


Penerangan Hadis:
Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T. Dalam masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama. Islam tidak pernah mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.

Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain :

1. Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,………"

Ayat ini menegaskan empat hal:
1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.

Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata “…kecuali yang biasa nampak…” dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar RA. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut ‘Atho,’ Imam Auzai dan Ibnu Abbas RA. Hanya saja beliau (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Mas’ud RA. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair RA. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian luarnya saja.

4. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan ujungnya diikatkan ke belakang. Tapi ujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada laki-laki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu saja seperti suami, anak dsb.

2. Surah al-Ahzab : 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59).

Pengertian jilbab ialah :

a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil (sebagaimana yang dikutip Dr. Abdul Halim) menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan jilbab itu adalah gamis, maka mengulurkannya itu ialah menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.

Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap wanita muslimah (mukminah) dan merupakan tanda keimanan mereka. Menutup aurat adalah salah satu dari kewajiban yang telah ditetapkan bagi muslimah, sedangkan menuntut ilmu adalah kewajiban lain yang berlaku untuk seumur hidup.

Hadis shahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak akan mencium bau syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian yang mereka kenakan sempit, transperan (terlalu jarang) dan menampakkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan ‘berpakaian namun telanjang’. Pakaian yang transperan tidak dapat memenuhi kriteria sebagai penutup aurat, kerana warna kulit masih terlihat, pakaian tersebut juga tidak boleh dipakai untuk solat, apalagi untuk keluar rumah. Al-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang tersebut adalah wanita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain, atau wanita yang berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan bentuk tubuhnya

Dalam hadis Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).

Hadis ini menunjukkan dua hal :

a Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
b Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.

Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;

Maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Iman Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Ini bermakna penutupan aurat iatu adalah satu dari bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi kepentingan wanita. Kalau dilihat dari sudut psikologi dan sosial maka pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni untuk mengujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung, Hal ini akan menggugat maruah dan keselamatan kaum wanita. Dalam jangka panjang menggugat peradaban dan keutuhan sesebuah negara .

Dari sudut kesihatan pakaian yang menutup aurat termasuk tudung kepala lebih menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran. Bagi kaum wanita yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang boleh memudharatkan diri mereka kalau terdedah kepada cuaca berkenaan.

Dari sudut integrasi maka dasar integrasi dalam mana mana negara sekalipun mesti mengambil kira perkembangan kesedaran dan nilai-nilai sosial yang lebih sehat, selamat dan murni serta jitu untuk dijadikan dasar integrasi tersebut. Untuk mengamalkan budaya menggalakkan dialog, berfikir yang bebas, demokrasi dan positif. Oleh itu hujah menghormati dasar integrasi dalam sesebuah negara mungkin juga mewajibkan pakaian tersebut kepada semua wanita memandangkan kebaikan yang boleh dicapai dari sesuatu amalan sosial yang lebih positif, berfaedah serta waras. Amalan tersebut wajar dijadikan asas kepada dasar integrasi nasional dalam sesebuah negara; baik sekular mahupun bukan.

Yang lebih penting dalam hal ini ialah berfikir dengan lebih seimbang dan objektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian yang menutup aurat ini. Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu dipertahankan, Negara tidak akan runtuh hanya kerana kaum wanitanya menutup aurat atau bertudung. Negara runtuh dengan budaya porno, serba merangsang, seks bebas, penindasan, sikap tidak bertoleraensi dan kehilangan disiplin kendiri yang dijana oleh persekitaran sosial yang mewabak.

Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah diuraikan tersebut di atas kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain dapat melihat aurat kaum wanita. Kebijaksanaan Allah dalam mewajibkan kebaikan cukup jelas dan tidak dapat ditolak oleh akal yang melihat agama sebagai suatu kejahatan.

Kenapa Babi Tidak Boleh DiMakan

You want to know?? Good scientific explanation
(Adakah anda ingin tahu. Satu penjelasan saintifik yang bagus)

Bob:Tell me why is it that a Muslim is very particular about
the words Halaal and haraam; what do they mean?
(terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat
mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan
juga Haram' apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut)


Yunus:That which is permissible is termed Halaal and that which
is not permissible is termed Haraam and it is the Quran which
draws the distinction between the two.
(Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala
haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam
dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya)

Bob: Can you give me an example?
(Boleh awak beri saya contoh?)

Yunus:Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree
that a chemical analysis of blood shows that it contains an
abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious
to human health.
(Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah kecuali darah
ikan dan belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju
bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia
mengandungi banyak asid urik,iaitu bahan kimia yang merbahaya
pada kesihatan manusia.)

Bob:You're right about the toxic nature of uric acid, in the human
being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98
of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and
removed through urination.
(Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung
dalam asid urik ni.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai
bahan kumuh/buangan,malahan kami diberitahu bahawa 98 dari
asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan
dibuang melalui sistem perkumuhan)

Yunus:Now I think that you'll appreciate the special prescribed
method of animal slaughter in Islam.
(Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya
satu cara istimewa dlm Islam berkenaan penyembelihan binatang.)

Bob: What do you mean?
(Apa maksud kamu)
Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name
of the 'Almighty', makes an incision through the jugular veins, leaving
all other veins and organs intact.
(maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan
nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua
akan menyebabkan organ -organ penting lain pada haiwan tidak rosak)

Bob:I see, this causes the death of the animal by total loss of blood
from the body, rather than an injury to any vital organ.
(jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah
secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya
dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain)

Yunus: Yes, were the organs, example the heart, the liver, or the
brain crippled or damaged, the animal could die immediately and
its blood would congeal in its veins and would eventually permeate
the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated
and contaminated with uric acid and therefore very poisonous;
only today did our dieticians realize such a thing.
(ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak
atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan
menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan-lahan akan
menyebabkan ia meresap ke dlm daging. Ini akan menyebabkan daging
diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat
beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.)

Bob: Again, while on the topic of food; Why do Muslims condemn the
eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine.
(Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam ni menolak untuk
makan daging khinzir @ sebarang makanan yang berkaitan dengannya)

Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption
of pork,bacon (pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter11,
verse 8, regarding swine it says, "of their flesh (of the swine, another
name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not
touch;they are unclean to you.Further, did you know that a pig cannot
be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according
to its natural anatomy.A Muslim reasons that if the pig was to be
slaughtered and fit for human consumption the Creator would have
provided it with a neck.Nonetheless, all that aside,I am sure you are
well informed about the harmful effects of the consumption of pork,
in any form, be it pork chops,ham, bacon.
(sebenarnya, ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan
daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter
11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir. kata Bible, janganlah
kamu makan, dan bangkainya janganlah kamu sentuh , ia adalah
tidak bersih untuk kamu.Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir
tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak
mempunyai leher jika kita nak tengok dari anatomi semulajadinya.
Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai
utk keperluan manusia, maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir
itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin
bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam
apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.)

Bob: The medical science finds that there is a risk for various
diseaseasthe pig is found to be a host for many parasites and potential
diseases.
(Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini merupakan hos/perumah
bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai
jenis penyakit)

Yunus:Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content
in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes
only 2 of its total uric acid content, the remaining 98 remains as an
integral part of the body.
(Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai
kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang
2 daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98
lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.)