Thursday, 31 July 2008

Kaabah Pusat Bumi

"Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam.

Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.

Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. eorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kaherah, Mesir."


Wednesday, 30 July 2008

Kenali Serban

Serban ialah sehelai kain panjang penutup kepala berbentuk bulat menutup separuh atas kepala . Di Turki dipanggil tülbent .

Serban ialah istilah yang digunakan di Malaysia yang bermaksud penutup kepala dan dianggap suci, tidak boleh dipijak sewenang-wenangnya. Di Malaysia , kebiasaannya ia hanya dipakai oleh mereka yang baru balik mengerjakan haji . Namun dekad terakhir ini ramai kelompok dari Jemaah Tabligh dan Al Arqam turut memakai serban.

Perspektif Islam

Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, tapi tak boleh ketika dalam ihram. Salah satu cara menutup kepala adalah dengan memakai serban bagi kaum lelaki, yang juga merupakan pakaian Sunnah yg khusus. Pemakaian serban itu adalah dengan cara melilitkan serban pada "kopiah". Tidak dinafikan masyarakat Arab memakai serban termasuk musyrikin Quraisy dan kabilah2 Arab yg lain. Tapi Nabi saw membezakan cara lilitannya sebagaimana ahli Hadis meriwayatkan baginda mengajar Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum mengutus menantunya itu ke Khaibar dlm ekspedisi dakwah. (al Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, ms 336 dari Imam atTabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti)

Pada zaman rasullulah, ahklak-nya, cara makan-minum, pergaulan-nya, pakaian-nya menjadi ikutan para sahabat-sahabat, sahabat kepada sahabat atau lebih jelas dari tabi'in-tabi'in, hingga ke hari ini.

Riwayat mengenai serban yakni warna, panjang/saiz terdapat dalam Syama'il Tarmidhi atau kitab2 lain seperti yang telah dikeluarkan di Malaysia, yang salah satu daripadanya ditulis oleh Mufti E.Bemat.

Berdasarkan kisah-kisah Nabi Muhammad, memang ada mengisahkan Nabi memakai serban. Antaranya ketika Nabi Muhammad pulang ke rumah dan mengetuk pintu memberi salam sebanyak 3 kali, tetapi isteri baginda iaitu Aisyah tidak menjawab salam, lalu baginda tidur diluar rumah dengan berbantalkan serbannya. Keesokan hari Aisyah terkejut dengan Rasulullah yang tidur di luar rumah.

Kisah lain, ada seekor kucing tidur di atas serban Rasulullah tetapi Nabi tak rentap serban itu kerana tidak mahu mengganggu kucing yang sedang tidur itu. Malah baginda memotong serbannya itu.

Mereka yang melarang atau menghalang seseorang itu daripada mengamalkan sesuatu sunnah Rasullullah SAW, seperti memakai serban itu dengan rela hatinya, tanpa apa-apa tekanan, ancaman atau paksaan, bolehlah dianggap sebagai membencinya. Dan dalam satu hadis, Rasullullah menyingkirkan mereka yang membenci sunnahnya daripada golongan yang mengikuti Rasullullah dengan perkataan ".. maka bukanlah ia dari golonganKu."

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa mereka yang secara berterang-terangan memusuhi sunnah Rasullullah dianggap kafir.

Bentuk serban yang dipakai oleh orang Islam tidak seragam. Serban yang dipakai oleh orang Afghanistan lebih besar dan tebal berbanding dengan orang Islam di Malaysia. Antara lain ini mungkin disebabkan faktor cuaca.

Penggunaan serban di Malaysia

Di Malaysia, murid Islam di sekolah kerajaan adalah dilarang memakai serban. Pada November 23, 2004 Hakim mahkamah rayuan, Gopal Sri Ram, mengesahkan keputusan guru besar Fatimah Sihi, yang menyingkirkan tiga murid Sekolah Kebangsaan Felda Serting di Negeri Sembilan pada 10 November 1997 kerana memakai serban. Mereka berusia antara 10 - 13 tahun. Mahkamah memutuskan bahawa ia merupakan masaalah displin murid enggan mengikuti peraturan sekolah.

Fikir-fikirkanlah

Sepasang suami isteri berhajat mendapatkan cahaya mata namun tak kunjung tiba selama bertahun-tahun lamanya. Si isteri pun memasang nazar, "Jika aku mengandung, aku akan minum air kencing anjing hitam." Tanpa diduga, permintaannya itu dikabulkan Allah SWT.

Sepasang suami isteri berhajat mendapatkan cahaya mata namun tak kunjung tiba selama bertahun-tahun lamanya. Si isteri pun memasang nazar, "Jika aku mengandung, aku akan minum air kencing anjing hitam." Tanpa diduga, permintaannya itu dikabulkan Allah SWT.

Pasangan ini terlalu gembira dan bersyukur kepada Allah. Si isteri teringat akan nazar atau perjanjiannya dengan Tuhan. Setelah menceritakan kepada suaminya, si suami pergi mencari anjing yang dimaksudkan. Puas dicari dari kampung ke kampung, namum tidak juga ditemui. Jika bertanya kepada orang-orang kampung, suami ini dituduh gila. Dengan izin Allah SWT, berjumpalah suami ini dengan seekor anjing hitam yang sedang kencing. Air kencing itu ditadah dan dibawanya pulang dengan hati gembira. Namun si isteri tidak sanggup meneguk apabila melihat rupa dan bau kencing yang sangat menjijikkan itu. Di wajah masing-masing terpancar kerisauan kerana tidak mampu menunaikan nazar tersebut.

Mereka pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan segalanya. Rasulullah SAW pun menasihatkan mereka supaya pergi ke sebuah rumah yang didiami oleh keluarga yang tidak menunaikan solat terletak di hujung kampung itu.

Baginda berkata : "Apabila hujan turun di atas bumbung rumah itu, kamu tadahkan airnya dan minum. Air hujan itu menyamai air kencing anjing hitam itu."

Alangkah dahsyatnya sebuah rumah yang penghuninya tidak mengerjakan solat. Solatlah kiter sebelum tiba masanya kiter disolatkan. Jangan sangka masa itu hanya akan datang biler rambut sudah beruban dan kedut penuh di muka. Sesungguhnya ajal maut ditentukan oleh-NYA. Biler2 masa mengikut kehendak-NYA nyawa kiter akan dicabut. ALLAH masih sayangkan kiter semua, kerana itulah kiter masih diberi peluang hidup untuk bertaubat. Janganlah sia-siakan kasih sayang ALLAH yg tak terhingga tue. Marilah kiter hidup menghamba diri pada yg MAHA ESA dari menghamba diri pada harta benda dunia dan nafsu serakah. Moga2 kiter sume dpt manfaat dr citer nie...InsyaALLAH..

Fadhilat Ayat Al-Kursi Mengikut Hadis


Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis

Allahuakbar.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya".

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Pengamal ayat Kursi ju! ga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

* Rasullullah s.a.w. bersabda berma! ksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda :
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT."

Tips Untuk Belajar

"Masalah yang dihadapi oleh anda iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar.
Kalaulah saya bertanyakan kepada para pelajar apakah pandangan mereka, mengenai pelajaran, saya pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif.

Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu.

Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan.

Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-

1. Bina sikap yang positif.
Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

2. Persediaan minda.
Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.

3. Persediaan perasaan.
Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.

4. Persekitaran yang sesuai.
Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.

5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.